IPOH: Seorang pemandu teksi dipercayai menikam adiknya sehingga mati sebelum menggantung diri dalam kejadian di Jalan Mohamed Naseh, Housing Trust, di sini, hari ini.
Pemandu teksi tersebut berusia dalam lingkungan 70 tahun sementara adiknya pula tiga tahun lebih muda daripadanya.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu sekitar jam 10 pagi.
Menurutnya, berdasarkan kepada beberapa keterangan, dipercayai berlaku pergaduhan di antara kedua-dua beradik itu, sebelum kejadian tersebut.
“Pada masa pergaduhan itu, isteri mangsa ada bersama dan kita lihat ada kesan luka di tangan kiri, tangan kanan ibu jari isteri mangsa.
“Jadi kita lihat bahawa mungkin yang isteri ini cuba mendamaikan pergaduhan. Apabila kita pergi lihat di sana, mangsa, satu lelaki Cina berada di ruang dapur, ada berlumuran dengan darah, dikatakan ditikam dengan menggunakan senjata tajam dan satu lagi lelaki Cina yang berada di luar kawasan rumah didapati lehernya digantung dan mati di tempat berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya, polis turut menjumpai golok kecil di sisi mayat pemandu teksi yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.
Polis, kata beliau, masih menjalankan siasatan lanjut punca pergaduhan sehingga menyebabkan kejadian tersebut.
Mayat kedua beradik itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
* Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Aug 18 2022
Seorang pemandu teksi dipercayai menikam adiknya sehingga mati sebelum menggantung diri dalam kejadian di Jalan Mohamed Naseh, Housing Trust, Ipoh, hari ini. - Gambar Astro AWANI
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Insentif pemandu teksi, pengusaha bas sekolah dibayar 'one off' tahun ini
Bayaran akan dilakukan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Pemuda autistik ditemui selamat oleh pemandu teksi
Pemuda itu ditemukan kira-kira jam 9 malam oleh seorang pemandu teksi sejauh kira-kira 35 kilometer dari dia dilaporkan hilang.
Pemandu teksi Jepun ditahan akibatkan kematian burung merpati
Sistem perundangan Jepun menetapkan hukuman berat bagi penderaan haiwan.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Pemandu teksi 'jahat' pulang wang tunai lebih RM50,000
Pemandu teksi itu menemui sejumlah wang tunai ditempat duduk belakang dipercayai milik tiga warga Bangladesh.
Suspek kes bunuh pemandu teksi direman
Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang pemandu teksi dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir.
Mahkamah Rayuan kekal 10 tahun penjara pemandu teksi seludup warga Indonesia
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman 10 tahun penjara ke atas seorang pemandu teksi yang mengaku bersalah menyeludup 24 imigran warga Indonesia.
Bajet 2023: Apa yang pengguna pengangkutan awam inginkan?
Pastikan laluan pejalan kaki dan laluan menuju ke stesen pengangkutan awam diterangi cahaya, dilindungi dan dipantau sepanjang masa.
Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas
Selepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam.
Pemandu teksi bunuh adik sebelum gantung diri
Dua beradik tersebut difahamkan bertengkar di sebuah rumah sebelum tragedi berdarah itu berlaku.